Sunday, May 6, 2012

Jiwang

Salam semua...
firstly aku nak mintak maaf cz ari ni aku nak gunakan blog ni untuk memalukan diri aku. :) bcz apa yang aku akan tulis ni adalah luahan hati aku kepada seseorang. Seseoramg yang aku kenal hampir 18 tahun..

.......................................

Kita berkenal dan berkawan sudah lama rasanya... Pejam celik-pejam celik sudah hampir 18 tahun kita berkawan. Setiap kali aku marah atau sedih dia tak pernah menjauh dari aku. Kadang2 kalau dia jauh aku rasa macam nak marah. sebab aku rasa macam aku tak ada kawan. Yup... memang ramai orang kat keliling aku. tapi, aku cuma nak dia dan family aku jerk buat masa ni...

abg,
Kalau Fara mengamuk.. abg selalu ketawa n tersenyum jerk,
Kalau Fara suka abg pasti akan lakukan sesuatu supaya Fara akan terus gembira..
Kalau Fara menangis... abg nampak mcm tak tentu arah... fara tw abg tak tahu nak buat apa..
itu yang buat Fara ketawa selalu.

Abg,
Kalau abg sedih.. kalau abg perlukan org nak bercerita fara selalu buat2 tak tahu kan?
Bukan fara tak cuba faham abg.. tp fara sedar ego fara terlalu tinggi sampaikan Fara rasa macam tak nak dengar n marah2 terus...

Fara mintak maaf..

Untuk pertama kali nya sepanjang perkenalan kita fara rasa fara patut luahkan yang Fara sgt perlukan abg dan family sebagai tulang belakang Fara.

Semua orang tahu betapa rapuhnya fara..
Semua orang tahu betapa cepatnya fara berputus asa
Seandainya bukan kerana abg...
Seandainya bukan kerana usaha ayah dan ummi..
Fara tak tahu fara jadi apa sekarang ini... TQ

huhuhu malunya....

Tapi satu jer... Jodoh itu ditangan Allah... Kita lakukan yang terbaik. Menjaga tertib. seandainya Tak ada jodoh kelak, Fara Redha ( FUH!!! mintak2 lah ada jodoh) huhuhu... Fara tak akan menyesal kenal ngan abg., :)

Huhuhu... 2 pemberian ni memang membuatkan Fara heppy... TQ..
Bila lah nak dapatkan cincin yang abg tunjuk 2? huhuhu