Sunday, July 22, 2012

Duniaku Photographer

Assalammualaikum...
Selama ni Fara terlalu banyak berfikir panjang sama ada boleh @ tidak boleh fara promote diri n hasil karya Fara dalam blog ni sedangkan Fara telah dibayar oleh company2 yang tertentu. sebab client tersebut adalah client company tersebut... Setelah berfikir panjang dan membuat kajian mengenai kesalahan undang2 mengenai hal tersebut, baru lah Fara berani memaparkan sebahagian Karya photo Fara pada Semua. 

Sebelum Fara display gambar2 tersebut, Macam biasalah.. Fara suka biarkan pembaca pening membaca ayat 2 farah yang Panjang2. :P

Sebenarnya Fara memang suka pada camera, laptop & software. Sangat2 suka membuatkan Fara x kira berapa cos yang perlu Fara keluarkan untuk mempelajari ilmu tersebut. Sekarang ni pun tengah menghitung hari menghadiri kelas utuk mempelajari software baru. Alhamdulillah.. rezeki tu sentiasa ada dengan bantuan rakan2 dan keluarga Farah. 







Bermula dari respon peminat gambar2 diatas, Fara cuba menanam minat untuk terus belajar sehinggalah Fara di beri peluang oleh sesebuah company untuk mengambil gambar pengantin. Walaupun pada ketika itu Fara hanya dibayar RM100 untuk mengambil gambar dan menghasilkan Cutom album+gambar Frame+sticky Album ( tp cos print dan frame dibayar customer & duit selebihnya diserahkan kepada syarikat-camera+ kereta adalah sendiri punya ye..) Tapi, Fara rasa itulah langkah pertama Fara mengrak langkah( Apa org ckp test market?) Sebab itulah Fara bersetuju dengan seikhlasnya selain dari niat melihat bumiputra kita sendiri berjaya dalam bidang perniagaan. 

Inilah hasil-hasilnya





Gambar2 kat atas tu merupakan senior Farah masa kat sekolah teknik segamat
Disebabkan Si Nurul Aida ni pandai berposing & si jejaka idaman ni pandai melayan.... membuatkan Farah rasa sangat mudah bekerja dengan mereka ni. Lagi 1 mereka berdua sangat berani.. Kalau boleh semua tempat yang mecabar merka nak bergambar. Sebagai photographer yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka, Fara lak rasa gerun.. papepun tq cz memberikan Farah pengalaman yang sangat berlainan.



 Azrul & Amani merupakan sepasang pengantin yang sangat sepadan. Jujur Farah katakan.. jeles ngan diorang ni.. ye lah walaupun mereka dah agak lama gak diijab kabulkan, tp sampai ke hari ni mereka tetap dating berdua berpimpin tangan ( Farah selalu terserempak ngan diorang ni)


Pengantin di atas ni, merupakan client terakhir Fara sebelum Fara meletakkan jawatan.. Apapun pada Fara setiap tempat Farah pergi pasti ada pengalaman yang berlainan dan sangat mengujakan.. 

Seterusnya merupakan karya2 Fara sendiri. 


Dua gambar di atas ni merupakan buah hati kesayangan beta... Bagi Fara x kira kat mana pun.. Fara tetap akan cuba sedaya upaya untuk menyimpan memori tersebut kepada gambar... 

yang kat atas ni merupakan cover DVD tw.. bukan custom album





Seterusnya adalah client Fara sendiri... Mereka berdua ni cool jerk... apa pun cara@posing yang Fara suh buat mereka ikutkan jerk walaupun nampak sangat mereka kekok.. Terima kasih nurfarahin dan pasangan. :P

hrmm nampaknya bulan ramadhan ni Fara rilex sikit lah.. ye lah x de orang kahwin... Ha.. lagi satu.. Farah nak mintak maaf sangat kepada sesiapa yang Farah tepaksa tolak tempahan mereka coz biat masa ni Fara nk bagi tumpuan di daerah segamat Sahaja.. sorry banyak2.. 

Kepada sesiapa yang teringin nak tahu pakej Fara... Pakej Fara adalah dari serendah RM300 sehingga RM1700 mengikut permintaan. sebarang pertanyaan boleh lah emailkan kepada Farah di farawahid@yahoo.com / farahwork89@gmail.com. Terima kasih.