Sunday, June 10, 2012

PENGAJARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalammualaikum…

 “Ahlan Was Sahlan Wa Marhaba” 

 Hari ini tanggal 10 Jun 2012. Genaplah 5 hari Farah menganggur. Seronok juga sebab masa kerja dulu banyak benda yang Fara tak boleh buat. Ye lah waktu kerja pada ketika itu sangat panjang. Banyak jemputan kahwin, majlis keluarga yang Farah terpaksa tolak. Huhuhu jangan salah faham ye… bos Farah ok je… Cuma Farah je yang segan asyik cuti je. So, Fara buat keputusan untuk berhenti. Lagipun insya-Allah rezeki tu ada. Tak lama lagi pun dah nak masuk bulan Ramadhan kan… jadi kalau boleh Farah nak cari kerja yang Fara boleh bagi tumpuan kepada amalan, keluarga sambil tidak mengganggu tumpuan Farah pada kerja. Sebab Farah ni jenis suka kerja lasak sebenarnya.

Bebel panjang-panjang pun tak gunakan… apa kata kita masuk terus pada pengajaran-pengajaran untuk diri Farah sendiri. 1 – Jangan terlalu menyanjungi orang lain. Hal ini berlaku kepada Farah waktu Farah di alam university lagi. Farah terlalu percaya, saying dan kagum dengan seseorang ini, sampaikan Farah marah bila ada orang bercakap mengenai si dia. Ye lah… bagi Farah dia ni Cantik, pandai, baik… semua lah… rupa-rupanya dial ah talam bermuka-muka. Sehinggakan Farah terpaksa menghentikan pelajaran Farah ketika itu. Tapi salahnya banyak kat Farah lah     

 2 – Jangan Terlalu memikirkan perasaan orang lain. Yang ni pulak terjadi semasa alam pekerjaan Farah. Pada ketika itu Farah sayangkan company tempat Farah kerja. MEMANG niat dihati Farah ni nak berhenti sebab gaji yang ditawarkan memang terlalu sedikit. Selama Farah bekerja kat situ, Fara terpaksa menggunakan wang simpanan Farah waktu Farah study untuk membayar duit kereta, minyak kereta dan keperluan lain. Bukan Farah tak ada tawaran lain, tetapi pada ketika itu Farah terlalu bersangka baik dengan company tempat Farah kerja. Hingga lah satu hari tu parent Farah dapat tahu mengenai pendapatan Farah. Apa lagi.. mengamuk lah parent Farah. Mereka memaksa Farah untuk menerima tawaran pekerjaan lain. Tapi akhirnya Farah dimusuhi oleh pihak majikan. Nak buat macam mana kan… Syukur Alhamdulillah pretasi kerja Fara di company2 sebelumnya sangat baik membuatkan tawaran kerja tak pernah putus. Cuma kali ini Farah akan lebih berhati-hati. 




 Kesimpulannya, Buat baik berpada-pada…Jahat jangan sekali. Lagi satu ingatan untuk Farah dan rakan-rakan, walaupun kita bukan dalam aliran undang-undang, ilmu undang-undang adalah sangat penting untuk menyelamatkan kita dalam keadaan terdesak. Sebab mungkin kita akan disangka BODOH kalau cakap tidak berdasarkan pada fakta.