Sunday, December 2, 2012

Pabila Niat ingin merapu

Sebenarnya lately banyak benda yang Farah nak sangat kongsikan kepada pembaca terutama sekali tentang "real life Farah", tapi bila memikirkan balik mengenai risikonya apabila penulisan kita disalah tafsir... Fara jadi takut untuk terus menaip... Farah takut akan membawa effect buruk pada diri fara dan tanggapan orang keliling terhadap Farah.. Makan Button Delete pun secara tidak langsung menjadi sasaran Farah... :P

Oh ya... Malam ni Farah dah buat keputusan untuk mengasingkan blog personal farah dengan business sampingan Fara... Sebelum tu Fara mintak maaf sebab dah lama tak update blog ni dan blog http://fodesignku.blogspot.com/  Sebab Fara sangat busy sekarang ni... Maklum lah buat dua kerja dalam satu hari... Sampaikan Fara pun dah confius.. mana siang.. mana malam... Jangan cakap nak update blog... Nak update Facebook FOdesign pun Fara tak ada masa... 

Sebut pasal update ni.. Fara nak ucap terima kasih lah kepada 2 orang rakan Fara yang ingat kan Fara mengenai kelalaian Fara dalam mengupdate Blog & facebook FOdesign... huhuhu..

Sahabat Fara yang pertama ialah tentulah teman paling rapat dengan Fara... Abdul Rahman... kata dia "Fara kena juga update.. tunjukkan yang fara memang ada produk untuk dijual.. baru orang yakin dengan Farah"
Huhuhu... thanks ye... Nasihat tu memang sangat mengingatkan Fara.. Tapi buat masa ni.. Fara ingin tumpukan perhatian Fara pada kerja hakiki Fara dulu.. insya-Allah... nanti Fara fikirkan perlu tak fara hire orang untuk buat kerja part time Fara...

Teman saya yang kedua :-


Nama dia Salma... dia juga sedang membantu suaminya menguruskan syarikat printing tersendiri... Anak muda yang sangat cekal mencapai cita-cita... apa yang Fara kagum dengan dia... dia tak segan nak mintak tolong bila dia tak tahu... Salma dan Fara ni dulu satu tempat kerja dengan Fara... 

Fara juga nak berterima kasih dengan 'En. Azam' pemilik syarikat printing (AK maju resourse kat Segamat ). huhuhu Fara tak ada gambar dia pula... Nak tahu kenapa? Banyak benda Fara belajar dengan dia walaupun tempoh Fara bekerja dengan dia cuma satu bulan... Fara kagum dengan sifat baik hati dia... Fara tahu.. dia juga seperti bos Fara yang sebelum ni... memasang  matlamat semasa mengambil Fara bekerja dan Fara juga tahu dia amat terkilan kerana keputusan Fara untuk berhenti kerja... Tapi Dia tidak sedikit pun memusuhi Farah.. Malah memberi Fara peluang dalam dunia perniagaan secara tidak langsung...

Korang kalau nak print kad kahwin ke... bunting ke... banner ke... apa je lah.. boleh lah datang kat ak maju.. murah2 taw...  Tapi kalau nak tempah kat Fara pun boleh gak... Fara no hal lah... cuma buat masa ni Fara tak leh amik tempahan dulu.. tunggu job Fara langsai.. Fara cuma boleh ambil tempahan max, 5 tempahan sahaja... Maklum lah kerja seorang... quantity tak penting.. yang penting quality.. betul tak... ?

Eh lagi satu.. hampir terlupa pula Fara.. Fara baru berkenalan dengan sebuah company fotografi & videografi kat segamat.. Syarikat melayu juga... Bagi Fara syarikat tu ok... Fara belum kenal sangat dengan pemilik syarikat tu.. tapi pernah lah Fara borak kat facebook... dia juga telah menyedarkan Fara yang Fara dah kena tipu dengan sebuah syarikat Cina... OH TIDAK!!!! rupanya suplyer tu bagi Fara harga mahal gila.. Padan lah Fara susah sangat nak kurangkan harga... nak tahu tak syarikat apa?  ni link dia... kalau nk gambar kahwin cantik, murah & yang paling penting support orang melayu... layari lah http://www.facebook.com/brainphotography

Fara ni suka support business anak2 melayu... Lagi-lagi anak2 melayu yang tak pernah kedekut ilmu terhadap anak2 melayu... buat apa nak kedekut ilmu.. tak bagus... Ok lah.. Kepada yang sudi baca... terima kasih Fara ucapkan...huhuhu bye....