Sunday, June 10, 2012

PENGAJARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalammualaikum…

 “Ahlan Was Sahlan Wa Marhaba” 

 Hari ini tanggal 10 Jun 2012. Genaplah 5 hari Farah menganggur. Seronok juga sebab masa kerja dulu banyak benda yang Fara tak boleh buat. Ye lah waktu kerja pada ketika itu sangat panjang. Banyak jemputan kahwin, majlis keluarga yang Farah terpaksa tolak. Huhuhu jangan salah faham ye… bos Farah ok je… Cuma Farah je yang segan asyik cuti je. So, Fara buat keputusan untuk berhenti. Lagipun insya-Allah rezeki tu ada. Tak lama lagi pun dah nak masuk bulan Ramadhan kan… jadi kalau boleh Farah nak cari kerja yang Fara boleh bagi tumpuan kepada amalan, keluarga sambil tidak mengganggu tumpuan Farah pada kerja. Sebab Farah ni jenis suka kerja lasak sebenarnya.

Bebel panjang-panjang pun tak gunakan… apa kata kita masuk terus pada pengajaran-pengajaran untuk diri Farah sendiri. 1 – Jangan terlalu menyanjungi orang lain. Hal ini berlaku kepada Farah waktu Farah di alam university lagi. Farah terlalu percaya, saying dan kagum dengan seseorang ini, sampaikan Farah marah bila ada orang bercakap mengenai si dia. Ye lah… bagi Farah dia ni Cantik, pandai, baik… semua lah… rupa-rupanya dial ah talam bermuka-muka. Sehinggakan Farah terpaksa menghentikan pelajaran Farah ketika itu. Tapi salahnya banyak kat Farah lah     

 2 – Jangan Terlalu memikirkan perasaan orang lain. Yang ni pulak terjadi semasa alam pekerjaan Farah. Pada ketika itu Farah sayangkan company tempat Farah kerja. MEMANG niat dihati Farah ni nak berhenti sebab gaji yang ditawarkan memang terlalu sedikit. Selama Farah bekerja kat situ, Fara terpaksa menggunakan wang simpanan Farah waktu Farah study untuk membayar duit kereta, minyak kereta dan keperluan lain. Bukan Farah tak ada tawaran lain, tetapi pada ketika itu Farah terlalu bersangka baik dengan company tempat Farah kerja. Hingga lah satu hari tu parent Farah dapat tahu mengenai pendapatan Farah. Apa lagi.. mengamuk lah parent Farah. Mereka memaksa Farah untuk menerima tawaran pekerjaan lain. Tapi akhirnya Farah dimusuhi oleh pihak majikan. Nak buat macam mana kan… Syukur Alhamdulillah pretasi kerja Fara di company2 sebelumnya sangat baik membuatkan tawaran kerja tak pernah putus. Cuma kali ini Farah akan lebih berhati-hati. 




 Kesimpulannya, Buat baik berpada-pada…Jahat jangan sekali. Lagi satu ingatan untuk Farah dan rakan-rakan, walaupun kita bukan dalam aliran undang-undang, ilmu undang-undang adalah sangat penting untuk menyelamatkan kita dalam keadaan terdesak. Sebab mungkin kita akan disangka BODOH kalau cakap tidak berdasarkan pada fakta.

Wednesday, May 30, 2012

Belanja V/S budget

Hai assalammualaikum kepada pembaca duniaku.com . Hari ni Fara nak bercerita tentang pembelanjaan harian bujang2 zaman sekarang... huhuhu... Al-maklum lah... harga barang kan dah naik melambung. Fara tak nak cerita pasal orang lain. Fara nak cerita pasal Fara je... SENARAI KEPERLUAN BULANAN FARA Hutang PTPTN - RM150 Bayar kereta - RM400 Minyak kereta - RM200 Makan harian RM6/day - RM180 (kalau lebih lain kira) = RM930 ( Itu nasib baik aku duk rumah parent aku. x termasuk budget topup + duit untuk keperluan harian) Jadi kira selalu gak lah aku terguna duit simpanan aku masa aku mula2 keje lepas SPM dulu... rasa mcm ralat gler... segan gler kalau nak mintak pinjam duit parent. Patutnya aku yang bagi mereka duit. Jadi kesimpulan nya... BERJIMATLAH... :P

Saturday, May 19, 2012

My Hubby

Assalammualaikum...

Hari ni Fara dah x mo nk jiwang2 lagi.. ckup lah slama ni Fara pernah memalukan diri dengan berjiwang tahap gaban... :) Tapi Hari ni Fara nak update cerita pasal kucing kesayangan Fara... Pada yang kenal Fara pasti ingat kucing 2 bernama manja. Tapi kali ni BUKAN.



     Pada yang pernah mengikuti Fara dalam blog2 Fara sebelum ni, Pasti korang kenal sape kucing ni kan:p
Kucing ni adalah pemberian musuh ketat kesayangan Fara (Abdul Rahman). Lama tau buat rayuan nak dapat kucing ni... Akhirnya dia bagi juga tanda sayang.. huhuhu... Kalau korang nak taw kenapa kucing ni dalam sangkar, korang bacalah blog adi Fara http://eijawaida.blogspot.com/ Malas nak type benda yang sama...

    Fara skang ni just nak kongsi mengenai kegemukkan dia kini.. Siapa yang tengok pasti nak pengsan... Lagi satu, jgn main mata dengan dea.. kalau x calar lah muka anda... 

Masa ni Mocka ni kurus lagi... Ada ke patut dye ingat manja ni mak dia... huhuhu

Heheh... dye pluk bear pemberian Abdul Rahman la... Malu

Awat manja kat sini!!! pi.. ni bukan kisah manja

TU dia... Tengok perut.. mcm nak meletup tak?



Wa.. posing nampak

Pokoknya kat sini.. aku sayang kucing... lalala


Wednesday, May 16, 2012

SAKA

Hai semua bertemu lagi kita... huhuhu

Mesti semua terperanjatkan.. di alam serba modern ni ada lagi yang nak berbicara mengenai saka. Tapi perkara ini merupakan perkara yang sentiasa bermain dibenakku. Sebenarnya memang ari ni aku teringin sangat nak kongsi soal ni. Tapi tiba2 rasanya nanti lah.. tunggu masa dan waktu yang sesuai

Sunday, May 6, 2012

Jiwang

Salam semua...
firstly aku nak mintak maaf cz ari ni aku nak gunakan blog ni untuk memalukan diri aku. :) bcz apa yang aku akan tulis ni adalah luahan hati aku kepada seseorang. Seseoramg yang aku kenal hampir 18 tahun..

.......................................

Kita berkenal dan berkawan sudah lama rasanya... Pejam celik-pejam celik sudah hampir 18 tahun kita berkawan. Setiap kali aku marah atau sedih dia tak pernah menjauh dari aku. Kadang2 kalau dia jauh aku rasa macam nak marah. sebab aku rasa macam aku tak ada kawan. Yup... memang ramai orang kat keliling aku. tapi, aku cuma nak dia dan family aku jerk buat masa ni...

abg,
Kalau Fara mengamuk.. abg selalu ketawa n tersenyum jerk,
Kalau Fara suka abg pasti akan lakukan sesuatu supaya Fara akan terus gembira..
Kalau Fara menangis... abg nampak mcm tak tentu arah... fara tw abg tak tahu nak buat apa..
itu yang buat Fara ketawa selalu.

Abg,
Kalau abg sedih.. kalau abg perlukan org nak bercerita fara selalu buat2 tak tahu kan?
Bukan fara tak cuba faham abg.. tp fara sedar ego fara terlalu tinggi sampaikan Fara rasa macam tak nak dengar n marah2 terus...

Fara mintak maaf..

Untuk pertama kali nya sepanjang perkenalan kita fara rasa fara patut luahkan yang Fara sgt perlukan abg dan family sebagai tulang belakang Fara.

Semua orang tahu betapa rapuhnya fara..
Semua orang tahu betapa cepatnya fara berputus asa
Seandainya bukan kerana abg...
Seandainya bukan kerana usaha ayah dan ummi..
Fara tak tahu fara jadi apa sekarang ini... TQ

huhuhu malunya....

Tapi satu jer... Jodoh itu ditangan Allah... Kita lakukan yang terbaik. Menjaga tertib. seandainya Tak ada jodoh kelak, Fara Redha ( FUH!!! mintak2 lah ada jodoh) huhuhu... Fara tak akan menyesal kenal ngan abg., :)

Huhuhu... 2 pemberian ni memang membuatkan Fara heppy... TQ..
Bila lah nak dapatkan cincin yang abg tunjuk 2? huhuhu

Sunday, April 29, 2012

Shoot time

Assalammualaikum... :)

Hari ni aku tak denyer nak tulis banyak2. Aku just nk kongsi sikit kenangan aku sepanjang hari ni.

Sebenarnya, aku memang dah lama sangat merancang nak pergi tempat ni. Tapi itu lah... kengkangan masa

yang melampau membuatkan aku x de masa langsung nk pi tempat ni. So, hari ni... walaupun panas, walau

pun penat giler.. aku paksa gak adik2 aku ni ikut aku panjat bukit.. redah semak sebab nak pi tempat ni...

hrmmm not bad gak lah.. cz tempat ni sangat cantik... Next wedding aku teringin nak bawa client iris awana

yang ambil full package bergambar kat sini.. pasti best nyer... :L)

Okey beb.. ni gambar2 nyer..



3 gambar diatas ialah gambar aku dan anis pose sewaktu kami baru sahaja nampak
tempat ni... TERUJA katanya.. 


Rehat jap.. lepaskan penat






aku tak tahu kenapa aku suka gler gambar ni... huhuhu






Pape pun.. Tq kat adik2 aku cz sudi teman aku... Nak ajak orang lain mcm hrmmm... nanti2 dlu ye... 

tq cz sudi membaca.. bye...

Saturday, April 28, 2012

Assalammualaikum...
Hari ni merupakan hari yang sangat meletihkan... disebabkan PC utama tak dapat berfungsi dengan baik, semua kerja aku tebengkalai... nak tak nak, baik aku tolong rakan sekerja aku buat kerja dia yang blambak ni... Rupanya kerjanya x semudah yang aku sangkakan... huhuhu... letih gila kot... hrmmm.. jadi, aku curik lah tulang sikit menaip blog aku yang masih tidak bertajuk ini. :)... 

Kepada sesiapa yang selalu bertanya status pendidikan or bekerjaan aku sebenarnya, hari ni aku rasa dah tibalah masanya aku berterus terang jerk... Kepada student masscom UiTM Shah Alam, Art and Design UiTM Shah Alam dan Seri Iskandar yang kenal aku dan selalu bertanya pasal aku... tq sangat2. Maaf cz aku lari daripada menjawab soalan2 Korang. Sebenarnya, aku sekarang ni sudah bekerja di IRIS WEDDING HOUSE sebagai graphic designer.. Aku sebenarnya tak bersedia nak korang semua tahu sebab tu lah aku hide kan post aku kat korang, matikan panggilan korang... aku x bersedia nak jawab soalan kenapa 100x? Aku ada alasan aku sendiri.. :) Tp lepas ni aku dah ok.. cz lama sangat aku larikan diri dari kawan2 aku kan... 

Kalau korang nak tahu apa antara kerja2 aku... boleh lah layari laman web ni
http://www.kadkahwiniris.com/index.php
dan laman web ni
http://www.irisawanaweddingplanner.com/

yang kat segamat tu... kalau rasa2 nya dah ada rancangan nak kahwin... datang lah tempat kerja aku... huhuhu malu pulak rasanya.. huhuhu... aku janji dah tak maunyorok2 lagi...