Tuesday, December 11, 2012

Adikku Seorang Cikgu...

Hai... Hari ni Fara nak Cerita sikit mengenai adik kesayangan Farah... Dia merupakan seorang yang mata duitan.. Huhuhu dia akan buat segalanya untuk mencari duit... Kebetulan dia ada pengalaman mengajar masa kat pineng dulu... so kali ni dia akan habiskan masanya untuk mengajar adik2 kita sepanjang cuti sekolah...Area Segamat je tw....

Jadi Sebagai designer yang tak banyak masa... Fara cuma sempat designkan dia Flyers yang oaling cikai lah.. Maaf ye adikku yang tersayang....

K.. lah... Korang2 yang dah ada anak tu... sila2 lah hantar anak ye... cnfirm menghiburkan... :)

Sunday, December 2, 2012

Pabila Niat ingin merapu

Sebenarnya lately banyak benda yang Farah nak sangat kongsikan kepada pembaca terutama sekali tentang "real life Farah", tapi bila memikirkan balik mengenai risikonya apabila penulisan kita disalah tafsir... Fara jadi takut untuk terus menaip... Farah takut akan membawa effect buruk pada diri fara dan tanggapan orang keliling terhadap Farah.. Makan Button Delete pun secara tidak langsung menjadi sasaran Farah... :P

Oh ya... Malam ni Farah dah buat keputusan untuk mengasingkan blog personal farah dengan business sampingan Fara... Sebelum tu Fara mintak maaf sebab dah lama tak update blog ni dan blog http://fodesignku.blogspot.com/  Sebab Fara sangat busy sekarang ni... Maklum lah buat dua kerja dalam satu hari... Sampaikan Fara pun dah confius.. mana siang.. mana malam... Jangan cakap nak update blog... Nak update Facebook FOdesign pun Fara tak ada masa... 

Sebut pasal update ni.. Fara nak ucap terima kasih lah kepada 2 orang rakan Fara yang ingat kan Fara mengenai kelalaian Fara dalam mengupdate Blog & facebook FOdesign... huhuhu..

Sahabat Fara yang pertama ialah tentulah teman paling rapat dengan Fara... Abdul Rahman... kata dia "Fara kena juga update.. tunjukkan yang fara memang ada produk untuk dijual.. baru orang yakin dengan Farah"
Huhuhu... thanks ye... Nasihat tu memang sangat mengingatkan Fara.. Tapi buat masa ni.. Fara ingin tumpukan perhatian Fara pada kerja hakiki Fara dulu.. insya-Allah... nanti Fara fikirkan perlu tak fara hire orang untuk buat kerja part time Fara...

Teman saya yang kedua :-


Nama dia Salma... dia juga sedang membantu suaminya menguruskan syarikat printing tersendiri... Anak muda yang sangat cekal mencapai cita-cita... apa yang Fara kagum dengan dia... dia tak segan nak mintak tolong bila dia tak tahu... Salma dan Fara ni dulu satu tempat kerja dengan Fara... 

Fara juga nak berterima kasih dengan 'En. Azam' pemilik syarikat printing (AK maju resourse kat Segamat ). huhuhu Fara tak ada gambar dia pula... Nak tahu kenapa? Banyak benda Fara belajar dengan dia walaupun tempoh Fara bekerja dengan dia cuma satu bulan... Fara kagum dengan sifat baik hati dia... Fara tahu.. dia juga seperti bos Fara yang sebelum ni... memasang  matlamat semasa mengambil Fara bekerja dan Fara juga tahu dia amat terkilan kerana keputusan Fara untuk berhenti kerja... Tapi Dia tidak sedikit pun memusuhi Farah.. Malah memberi Fara peluang dalam dunia perniagaan secara tidak langsung...

Korang kalau nak print kad kahwin ke... bunting ke... banner ke... apa je lah.. boleh lah datang kat ak maju.. murah2 taw...  Tapi kalau nak tempah kat Fara pun boleh gak... Fara no hal lah... cuma buat masa ni Fara tak leh amik tempahan dulu.. tunggu job Fara langsai.. Fara cuma boleh ambil tempahan max, 5 tempahan sahaja... Maklum lah kerja seorang... quantity tak penting.. yang penting quality.. betul tak... ?

Eh lagi satu.. hampir terlupa pula Fara.. Fara baru berkenalan dengan sebuah company fotografi & videografi kat segamat.. Syarikat melayu juga... Bagi Fara syarikat tu ok... Fara belum kenal sangat dengan pemilik syarikat tu.. tapi pernah lah Fara borak kat facebook... dia juga telah menyedarkan Fara yang Fara dah kena tipu dengan sebuah syarikat Cina... OH TIDAK!!!! rupanya suplyer tu bagi Fara harga mahal gila.. Padan lah Fara susah sangat nak kurangkan harga... nak tahu tak syarikat apa?  ni link dia... kalau nk gambar kahwin cantik, murah & yang paling penting support orang melayu... layari lah http://www.facebook.com/brainphotography

Fara ni suka support business anak2 melayu... Lagi-lagi anak2 melayu yang tak pernah kedekut ilmu terhadap anak2 melayu... buat apa nak kedekut ilmu.. tak bagus... Ok lah.. Kepada yang sudi baca... terima kasih Fara ucapkan...huhuhu bye....

Tuesday, November 13, 2012

Kembali Kita

Hi.. Dah lama rasanya fara x update blog Fara... Maaf lah.. fara busy sikit.. Al-maklum lah.. terpaksa bekerja keras nak cari pendapatan yang lebih sikit... lagi2 sejak fara tubuhkan FOdesign :) . disebabkan baru-baru ni fara menerima banyak email yang bertanyakan mengenai sama ada boleh tak disingkatkan lagi tempoh tempahan... Jadi, setelah Fara berfikir... terpaksa lah fara wujudkan juga tempahan untuk kad2 ready made... Tapi.. Nk print cepat.. kena lah proceed cepat... Nak proceed cepat.. kena lah bagi maklumat cepat. :P Sample kad2 readymade dah ada pada tangan fara sekarang... cuma pembaca kena lah bagi fara masa untuk upload lah ye... last sekali... Fara nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada mereka yang sentiasa menyokong Fara... papai...

Sunday, September 2, 2012

Business Card saya dah siap

Assalammualaikum...

Hai semua.. Akhirnya setelah mengharungi masalah masa untuk menyiapkan design business Card untuk diri sendri..Siap juga akhirnya...


Anda pula macam mana? Tempah lah sekarang... Pada sesiapa yang merancang untuk mendirikan perkahwinan pun.. Boleh tempah kat sini... cos design adalah PERCUMA !!! Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di SINIhttp://duniakuhihi.blogspot.com/p/borang-pertanyaan.html 

Ingat.. Jangan tunggu lagi... Tempah sekarang.. Dalam masa 3 hari anda pasti akan melihat designnya... 

Monday, August 27, 2012

Freelance designer

Assalammualaikum...

Selama ni Fara buat kerja freelance secara diam-diam jerk... tiba-tiba Fara terfikir. Why not Fara try iklankan kerja Fara kat blog, wesite atau mana-mana medium internet... Mana lah tahu kan ada rezeki Farah... Alhamdulillah.. buat masa ni rezeki ada je... terima kasih kepada sesiapa yang telah menyokong Fara...

Klik pada gambar untuk membuat tempahan


Mengenai harga ke atau caj-caj lain.. tak perlu risau sangat cz semua tu boleh dirunding... :)

Wednesday, August 22, 2012

Raya 2012 Vs My Bithday

Assalammualaikum...

Hai... Seperti biasa, Fara suka kongsikan setiap pengalaman dalam hidup fara. Sebelum terlambat Fara nak sangat Ucapkan selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin kepada pembaca sekalian.

Pada tahun ni jadual hari Raya Farah dan keluarga agak berubah sikit.. Nak tahu apa yang berubah ? sila klik




Saturday, August 4, 2012

Yeay!!! nak Raya

Assalammualaikum...
Pejam celik-pejam celik dah nak raya kan! Tiba-tiba Fara teringat kenangan lalu sewaktu raya-raya lepas... Jom tegok http://duniakuhihi.blogspot.com/p/duniaku-pengambaranku.html?action=view&current=klik2.gifl Walau macam mana pun, kenangan lama tetap akan Fara kenang sampai bila2.